faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Tuan/Puan,

EDARAN SPANM BIL 1 TAHUN 2023 - TATACARA PENGURUSAN AKAUN DEPOSIT

Dengan segala hormatnya surat rujukan JANM.BKP.600-14/1/11 Jld.5(8) bertarikh 2 Mac 2023

adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil.1 Tahun 2023 – Tatacara

Pengurusan Akaun Deposit bertarikh 2 Mac 2023.

3. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada Kementerian/Jabatan

mengenai Tatacara Pengurusan Akaun Deposit selaras dengan pelaksanaan perakaunan akruan

bagi memastikan Pengurusan Akaun Deposit Kerajaan Persekutuan diperakaunkan dengan tepat

dan betul dalam tempoh masa yang ditetapkan.

4. Edaran SPANM Bil 1 Tahun 2023 dan Jadual Perbandingan Pindaan SPANM Bil 1 Tahun

2023 ini akan dimuat naik ke dalam portal JANM Cawangan Limbang

(https://limbang.anm.gov.my/) untuk dipanjangkan kepada semua PTJ di bawah seliaan JANM

Cawangan Limbang.

5. Dengan berkuat kuasanya surat pekeliling ini, Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia

(SPANM) Bil. 4 Tahun 2019 rujukan JANM.BKP.600-14/1/11 (04) bertarikh 25 Jun 2019 berkaitan

Tatacara Pengurusan Akaun Deposit adalah dibatalkan.

6. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 Muat Turun Dokumen

MALAYSIA MADANI

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan