faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Dimaklumkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Limbang ingin menjemput mana-mana individu yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Personel Short-Term Employment Program (MySTEP)bagi jawatan seperti berikut : -

i) Pembantu Pengurusan WTD

Permohonan boleh dihantar ke kaunter Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Limbang atau melalui e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dengan tajuk emel PERMOHONAN MySTEP JANM CAWANGAN LIMBANG.

Permohonan hendaklah disertakan bersama:

·     1. Borang JANM(K) 1/2008 (boleh didapati di laman Portal Rasmi JANM Limbang (limbang.anm.gov.my) atau di kaunter JANM Limbang)

(Sila Muat Turun Iklan dan Borang Permohonan di sini)

·       2. Resume berserta gambar berwarna yang terkini

·       3. Salinan Sijil Akademik yang diakui sah

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 18 APRIL 2023 (SELASA) SEBELUM JAM 5:00 PETANG

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan/panggilan selepas satu(1) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Sebarang persoalan boleh hubungi talian 085-212355 (Puan Merzita binti Jahar)

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI" 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan