PENYERAGAMAN PENGGUNAAN SATU KOD VENDOR BAGI PEMBAYARAN KEPADA KERAJAAN NEGERI SARAWAK
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan surat daripada Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak rujukan PNBK/TRM/04. JLD2(1) bertarikh 16 Julai 2025 adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan bahawa semua bayaran kepada Kerajaan Negeri Sarawak hendaklah dibuat ke Akaun Terimaan Ibu Pejabat Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak melalui satu kod pembekal seperti butiran berikut:
| Butiran | Maklumat |
| Kod Pembekal | 1100000001 |
| Nama | Kerajaan Negeri Sarawak |
| Alamat |
Alamat Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak, Tingkat 1–10, Bangunan Baitul Makmur 2, Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak |
| E-mel | |
| No. Telefon | +6082-495959 |
Senarai Akaun Bank Rasmi Kerajaan Negeri Sarawak:
| Nama Bank | Nombor Akaun |
| RHB Bank Berhad | 21126700005726 |
| CIMB Bank | 8005263856 |
| Maybank | 561118066910 |
| Bank Simpanan Nasional | 1310041000377422 |
| Agrobank | 1006741000131068 |
3. Sehubungan itu, penyeragaman penggunaan satu kod vendor ini berkuat kuasa mulai dari tarikh surat ini dikeluarkan.
4. Muat turun untuk lampiran surat Penyeragaman Penggunaan Satu Kod Vendor Bagi Pembayaran Kepada Kerajaan Negeri Sarawak.
Sekian, terima kasih.



