Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Korporat Latar Belakang

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Limbang merupakan salah sebuah cawangan daripada 7 cawangan yang terdapat di negeri Sarawak. Pejabat ini ditubuhkan pada tahun 1979 dan terletak di bangunan kedai di Jalan Pandaruan Kampung Bangkita sebelum berpindah ke Wisma Persekutuan, Jalan Muhibbah Limbang pada tahun 1984. Pada ketika itu, Pejabat JANM Kawasan Limbang ini diketuai oleh En. Abdul Wahid Abdullah sebagai Pegawai Kerja Akaun .

Kini, Pejabat JANM Cawangan Limbang beroperasi di Bangunan Rumah Kedai, Jalan Tarap yang disewa pada 1 Mac 2006 bagi Tingkat 1 dan 2 manakala Tingkat 3 beroperasi pada 1 Oktober 2008 dan diketuai oleh Encik Muhaimin Bin Mokhtar selaku Akauntan WA44. Terbahagi kepada 3 seksyen iaitu Seksyen Pengurusan, Seksyen Operasi dan Seksyen Pemantauan. Di bawah Seksyen Pengurusan terdapat 2 unit iaitu Unit Pentadbiran dan Kewangan dan Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan yang beroperasi di Tingkat 1. Seksyen Operasi pula terbahagi kepada 4 unit iaitu Unit Teknikal di Tingkat 2, Unit Pengurusan Dana, Unit Gaji dan Unit Akaun di Tingkat 3. Seksyen Pemantauan terdiri daripada Unit Naziran dan Unit Pengurusan Aset.